Monday, 4 June 2012

Friday, 1 June 2012

KASIH ANTARA KITA ( BAB 31-35)


Bab 31 - 35

Emelda , berjalan ke Bandar tiba tiba Emelda terjumpa sekali lagi Nazri , entah kenapa setiap kali berjumpa dengan Nazri pasti berlanggar antara satu sama lain , Nazri sibuk mengatakan yang dia kenal Emelda , tetapi Emelda pelik kerana sesungguhnya memang Emelda tidak mengenali Nazri , Nazri pula menuduh Emelda menipunya .

“ Tapi saya bukan Mira , Emelda berkata kepada Nazri , Nazri asyik berkata yang Emelda adalah Mira , dan Emelda tertanya Tanya kenapa Nazri ingin sangat Emelda mengaku dirinya Mira .

Dalam masa yang sama Aril Fatah , telah perasan yang Nazri sering mengikuti Emelda dan kata kata Aril Fatah “ Jangan terlalu percaya pada pandangan matakerana adakalanya apa yang dilihat itu belum sahih kebenarannya , kalau awak nak tahu , mata lah sebenarnya yang banyak menipu kita “ Perlahan kata kata itu diucapkan .

Aril Fatah memang agak terasa bila Nazri kerap kelihatan , mengekori Emelda , suatu hari Aril telah mengeluarkan kata kepada Emelda yang dia ingin berjumpa dengan Nazri .
“ Buat apa awak nak jumpa dia ?
“ Saya nak Tanya dia , apa sebenarnya yang dia nak daripada awak .Saya nak ingatkan dia yang awak tak lama lagi akan jadi isteri saya . Saya tak suka dia kacau bakal isteri saya “

Dalam masa yang sama , Nazri berjumpa dengan Emelda dan menyatakan isi hati yang sepatutnya diluahkan kepada Emelda , Nazri masih menyatakan yang Emelda adalah Mira lalu dengan geram Emelda berkata “ I ‘m her sister !” tegas Emelda menjawap
“You ‘re lying !”
“No ! Iam not .Honestly ….I am Emira sister .It’s reality .You met the wrong person . I swear .
Nazri menggeleng perlahan . Hatinya kesal bukan kepalang .

Cakaplah apa sahaja tetapi saya tetap tidak percaya , saya tahu awak buat macam itu sebab awak nak balas dendam pada saya .Nak saya rasa apa yang awak rasa lapan tahun lalu . Cakap apa sahaja tapi saya tetap tidak percaya yang awak bukan Amira , “ saya benar benar dah menyesal meninggalkan awak .Saya mengaku saya bersalah sebab terlalu buta dalam menilai hati dan perasaan sendiri .Saya sepatutnya menghormati pendirian awak , bukan meninggalkan awak .Maafkan saya .

Sama ada awak percaya atau tidak terpulang , kata Emelda saya Emelda bukan Amira .

Dalam masa yang sama sebelum bergelar isteri kepada Aril Fatah , Emelda seperti biasa tiada apa apa persediaan kerana pernikhahan yang bakal berlangsung pada esok hari hanyalah majlis yang tersangat ringkas tiada yang istimewa , tiada pelamin , tiada hiasan bilik tidur , tiada majlis semua nya tiada , itu adalah permintaan Emelda sendiri .Hati Emelda serabut kerana sebenarnya dia tidak pasti dengan keputusan yang dibuat sama ada betul atau tidak .


Majlis pernikhahan berjalan lancer seperti yang dirancangkan . Selepas berkhawin Emelda dengan berat hati mengikut suaminya Aril Fatah ke kediaman yang telah tersedia oleh suaminya , dengan berat hati Emelda meninggalkan baglow kenangan bersama keluarganya , dimana seribu satu kenangan terpaksa Emelda tinggalkan .

Seketika , Datin Sutinak iaitu emak Emelda mendekati dirinya , lalu bertanya “ Emelda kenapa perlu bersedih sepatutnya Emelda patut gembira , berikan Aril Fatah kesempatan untuk membaiki dirinya , jangan terlalu mementingkan diri .”

Tiada balasan dari kata kata ibunya , dalam hati Emelda tidak sanggup rasanya mendengar kata kata itu , lama sudah kebahgiannya telah hilang dibawa pergi bersama Amira , Lama dulu dia pernah bermimpi dicintai dan mencintai , tetapi semuanya hilang bagai angin menyapa pipi , rasa sejuk seketika lalu hilang kemudiannya .

Ibu nya seperti faham melihat wajah hampa puteri yang dilahirkannya , lalu suara Puan Sutinah kembali kendenganran , “ Tapi ….cinta tidak akan dating bergolek dalam hati kita , cinta perlu dipupuk , dibaja,dan akhirnya barulah kita boleh merasa buah cinta itu , indah dan amat mengasyikkan .

Emelda berpaling dengan seulas senyuman dibibir . “ Emel hanya berserah kepada takdir , ibu .. kalau memang jodoh Emel dengan Aril kekal , Emel terima dengan tangan terbuka , tapi kalau tidak , Emel pasrah .Cuma satu pinta Emel jangan terlalu banyak  mengharap , itu bukan kerja kita ..ibu .