Bercerita dan meluahkan perasaan didada komputer , apa yang terjadi dalam hidup ini adalah satu lipatan sejarah , sejarah yang berlaku dalam hidup kita mungkin orang lain tidak melaluinya , ianya adalah rencah kehidupan dimana ianya juga yang mematangkan hidup kita sementara kita berada didunia pinjaman PENCIPTANYA . Dengan tulisan kita akan bercerita tentang Kita Dia dan Kamu , semuanya akan menjadi bahan sejarah .Ada gembira , sedih dan duka asam garam kehidupan
Monday, 4 June 2012
Friday, 1 June 2012
KASIH ANTARA KITA ( BAB 31-35)
Bab 31 - 35
Emelda , berjalan ke Bandar tiba tiba Emelda
terjumpa sekali lagi Nazri , entah kenapa setiap kali berjumpa dengan Nazri
pasti berlanggar antara satu sama lain , Nazri sibuk mengatakan yang dia kenal
Emelda , tetapi Emelda pelik kerana sesungguhnya memang Emelda tidak mengenali
Nazri , Nazri pula menuduh Emelda menipunya .
“ Tapi saya bukan Mira , Emelda berkata kepada
Nazri , Nazri asyik berkata yang Emelda adalah Mira , dan Emelda tertanya Tanya
kenapa Nazri ingin sangat Emelda mengaku dirinya Mira .
Dalam masa yang sama Aril Fatah , telah perasan
yang Nazri sering mengikuti Emelda dan kata kata Aril Fatah “ Jangan terlalu
percaya pada pandangan matakerana adakalanya apa yang dilihat itu belum sahih
kebenarannya , kalau awak nak tahu , mata lah sebenarnya yang banyak menipu
kita “ Perlahan kata kata itu diucapkan .
Aril Fatah memang agak terasa bila Nazri kerap
kelihatan , mengekori Emelda , suatu hari Aril telah mengeluarkan kata kepada
Emelda yang dia ingin berjumpa dengan Nazri .
“ Buat apa awak nak jumpa dia ?
“ Saya nak Tanya dia , apa sebenarnya yang dia nak
daripada awak .Saya nak ingatkan dia yang awak tak lama lagi akan jadi isteri
saya . Saya tak suka dia kacau bakal isteri saya “
Dalam masa yang sama , Nazri berjumpa dengan Emelda
dan menyatakan isi hati yang sepatutnya diluahkan kepada Emelda , Nazri masih
menyatakan yang Emelda adalah Mira lalu dengan geram Emelda berkata “ I ‘m her
sister !” tegas Emelda menjawap
“You ‘re lying !”
“No ! Iam not .Honestly ….I am Emira sister .It’s
reality .You met the wrong person . I swear .
Nazri menggeleng perlahan . Hatinya kesal bukan kepalang
.
Cakaplah apa sahaja tetapi saya tetap tidak percaya
, saya tahu awak buat macam itu sebab awak nak balas dendam pada saya .Nak saya
rasa apa yang awak rasa lapan tahun lalu . Cakap apa sahaja tapi saya tetap
tidak percaya yang awak bukan Amira , “ saya benar benar dah menyesal
meninggalkan awak .Saya mengaku saya bersalah sebab terlalu buta dalam menilai
hati dan perasaan sendiri .Saya sepatutnya menghormati pendirian awak , bukan
meninggalkan awak .Maafkan saya .
Sama ada awak percaya atau tidak terpulang , kata
Emelda saya Emelda bukan Amira .
Dalam masa yang sama sebelum bergelar isteri kepada
Aril Fatah , Emelda seperti biasa tiada apa apa persediaan kerana pernikhahan
yang bakal berlangsung pada esok hari hanyalah majlis yang tersangat ringkas
tiada yang istimewa , tiada pelamin , tiada hiasan bilik tidur , tiada majlis
semua nya tiada , itu adalah permintaan Emelda sendiri .Hati Emelda serabut
kerana sebenarnya dia tidak pasti dengan keputusan yang dibuat sama ada betul
atau tidak .
Majlis pernikhahan berjalan lancer seperti yang
dirancangkan . Selepas berkhawin Emelda dengan berat hati mengikut suaminya
Aril Fatah ke kediaman yang telah tersedia oleh suaminya , dengan berat hati
Emelda meninggalkan baglow kenangan bersama keluarganya , dimana seribu satu
kenangan terpaksa Emelda tinggalkan .
Seketika , Datin Sutinak iaitu emak Emelda
mendekati dirinya , lalu bertanya “ Emelda kenapa perlu bersedih sepatutnya
Emelda patut gembira , berikan Aril Fatah kesempatan untuk membaiki dirinya ,
jangan terlalu mementingkan diri .”
Tiada balasan dari kata kata ibunya , dalam hati
Emelda tidak sanggup rasanya mendengar kata kata itu , lama sudah kebahgiannya
telah hilang dibawa pergi bersama Amira , Lama dulu dia pernah bermimpi
dicintai dan mencintai , tetapi semuanya hilang bagai angin menyapa pipi , rasa
sejuk seketika lalu hilang kemudiannya .
Ibu nya seperti faham melihat wajah hampa puteri
yang dilahirkannya , lalu suara Puan Sutinah kembali kendenganran , “ Tapi ….cinta
tidak akan dating bergolek dalam hati kita , cinta perlu dipupuk , dibaja,dan
akhirnya barulah kita boleh merasa buah cinta itu , indah dan amat mengasyikkan
.
Emelda berpaling dengan seulas senyuman dibibir . “
Emel hanya berserah kepada takdir , ibu .. kalau memang jodoh Emel dengan Aril
kekal , Emel terima dengan tangan terbuka , tapi kalau tidak , Emel pasrah
.Cuma satu pinta Emel jangan terlalu banyak
mengharap , itu bukan kerja kita ..ibu .
Wednesday, 23 May 2012
KASIH ANTARA KITA (BAB 25-30)
BAB 25 – 30
Tentangan dari sebelah Aril
Fatah adalah kakak sulung Aril Fatah
iaitu Nazatul Huda ,
“ Apa ??? nak kawin dengan
perempuan tu ? Hei … Jadih bodoh Aril …
Kedua ibu bapa Aril Fatah
tidak membantah sebarang keputusan anak lelaki tunggalnya .Manakala kakanya
yang keduanya Nazatul Hani lebih professional dalam menyelesaikan masaalah ,
walaupun Hana dan Hani pasangan kembar tetapi kedua dua mereka mempunyai
tingkah laku dan perangai yang kontra antara satu sama lain .
Dalam suatu babak dirumah
Emelda pula , walaupun keputusan berkhawin telah dipersetujui tetapi Emelda
sentiasa murung dan bersedih tidak seperti seorang wanita yang ingin menamatkan
zaman bujang mereka ,
“ Emel tak tahu ayah , susah benar
rasanya ingin membuat keputusan , tetapi Emel telah membuat keputusan yang tak
pasti betul atau tidak untuk diri Emel “
“ Ayah faham perasaan Emel ,
Berkhawin dengan orang yang tidak kita cinta memang bukan perkara mudah “Tapi
dalam hidup kita , tak semua yang kita inginkan akan kita dapat ,Kadangkala
kita terpaksa berkorban hati dan perasaan”
“ Yakinlah pada NYA , ayah pasti
Emel tak akan gagal lagi , beri peluang pada diri sendiri untuk bahagia sebab
bahagia tak akan dating bergolek , bahagia perlu dicari “
Bagi diri Emel dia tahu
semua terpulang pada dirinya , Hanya padanya tergalas segugus kunci yang
menjadi harapan semua orang . Dia akur .
Monday, 14 May 2012
SALAM PERPISAHAN BUAT SAHABAT ....

Tanggal 9 June 2012 ,
adalah satu tarikh dimana antara kau dan aku tidak akan berjumpa untuk hari hari seperti biasa , kau telah ke satu tempat yang kau impikan untuk mencari apa yang lebih baik dari sini , teruskan lah apa yang dirancang jika itu yang kau impikan , hanya apa yang ku pinta jangan lah lenyapkan memori indah atau perit disini , terutama sekali AKU , kerana percayalah seberapa ramai pun sahabat atau kawan yang akan kau temui MUNGKIN aku tetap satu dan sukar untuk kau temui diri seperti AKU .

Duhai sahabatku ,
Dunia kita memang berbeza , kau dibesarkan dikampung manakala aku dibesarkan dibandar , tetapi kehidupan kita seakan sama , kesusahan kau dimasa remaja dan kesusahan aku dimasa remaja dua perkara yang berlainan tetapi perkataan SUSAH adalah sama antara kita berdua . Mungkin kerana kesusahan tersebut kita ditemukan , kita pernah mengalirkan air mata bersama kerana mendengar kelohan masing masing tapi percayalah air mata yang mengalir itu adalah air mata kesedihan dan kebahgian , kesedihan kerana cerita kau dan aku manakala kebahgian kerana kita adalah SAHABAT .
Aku dambarkan perubahan positif dalam diri ini dan kita seiring sejalan mula berubah menjadi lebih baik . Perubahan inilah yang dituntut kerana tiada manusia yang sempurna hidupnya .Kehidupan sederhana dan dilingkumi ukhuwah yang terbina menjadi hidup amat bermakna .
Dengan itu walaupun kita sudah semakin
jauh mengorak langkah menuju destinasi berlainan, aku akan tetap
menganggap dirimu sebagai sahabat terbaikku.
Akhir kata, andai kita bertemu lagi,
janganlah kau kenang perkara yang tidak baik tentang aku tetapi
kenanglah perkara yang indah tentang kita. Apabila kita mulakan hidup
baru, itu tidak bermakna memori lama akan terhapus tetapi ianya akan
menjadi sebahagian kehidupan kita yang hakiki. Hakikat sebuah pertemuan
yang manis dan akan kekal begitu.
Apapun terima kasih Ya Allah kerana
menemukan aku dengan dia walaupun seketika. Selamat tinggal sahabat.
Moga kau menemui pencarianmu...
KASIH ANTARA KITA - BAB 16 – 20
Hangat hangat tahi ayam ,
pribahasa yang sesuai untuk diri aku kerana mula mula menulis blog hari hari
singgah kat blog dan mengupdated apa yang patut , hari ini telah masuk kembali
setelah 3-4 hari tak sempat updated blog yang tersedia ini , apa apa pun kali
ini aku terpaksalah mengiyakan kata kata yang selalu diperkatakan oleh Encik
Suami aku , dimana apa yang aku buat selalunya mula mula sahaja yang
bersemangat kemudian “ting tong “….
Cerita yang aku nak kongsi
kali ini adalah , cerita anak anak ku , seperti yang dinyatakan sebelum sebelum
nie aku mempunyai 3 orang anak , 2 yang pertama lelaki yang ketiga adalah
perempuan , so kali nie aku nak bercerita tentang anak kedua dan ketiga aku ,
mereka telah bersekolah didarjah 3 dan 1 , dan minggu lepas adalah minggu
peperiksaan disekolah mereka .Anak ketiga aku namanya GEENA dia nie kalau
bercakap mengalahkan orang tua , itu kalau depan aku dan keluarga lah kalau
depan orang lain sunyi sepi … Geena nie kalau setakat nie dalam pelajaran kira
membanggakan lah , manakala anak aku yang kedua pulak ADIQ namanya agak “SLOW”
dan memang tak leh nak letakkan harapan pada diri nya , apa pun dia mempunyai
sifat yang terbaik antara mereka bertiga .
Keputusan penggal peperiksa
mereka , seperti biasalah Geena mendapat keputusan yg cermerlang manakala ADIQ
kira kira lulus tapi dalam katogeri C .Kemampuan dia setakat disitu , apa nak
buat kan , guru tusyen sejak dari darjah 1 memang dah aku cari , tapi
kemampuannya tak banyak berubah , jadi aku terima seadanya .
Perbualan antara Geena Dan
Adiq ,…
“ Abang Adiq , kenapa abang
tak leh buat Matematik tu , kan
kita dah belajar kat KUMON “
“ Ala geena ingat senang ker nak buat
matematik darjah 3 , geena darjah 1 memang lah senang , masa nak buat tu abang
dah fakir cam nak mati tau “
Aku senyum , dalam hati
berkata camnalah dia tahu yang nak mati tu susah camna …. hhehheheehhe
Jom kita sambung cerita
pasal novel pula , ………..
Untuk menulis antara bab 16 dan 20 , agak panjang
juga nak menuliskan tetapi tak ngapa apa yang teringat aku akan cuba
menzahirkan diblog ini supaya sesiapa yang membaca tidak akan terasa
kepincangan jalan ceritanya .
Seperti yang diketahui adik
Emelda , Enieza tidak berbaik dengan Emelda atas alasan tidak setuju dengan tindak
tanduk kakak nya yang melahirkan anak luar nikah , tetapi dalam bab bab
terdekat ini mereka telah berbaik antara satu sama lain , kerana hentaman dan
cacian dari mulut orang dan Enieza memnyebelahi kakaknya .
Dalam bab 16 , Aril Fatah telah mengetahu detail pribadi Emelda , dimana pada satu
malam ketika Atie dan Nia deman kad pengenalan Emelda telah tertinggalkan , dan
Aril Fatah telah menyimpan dan berhubung terus dengan Emelda untuk menyuruh
Emelda mengambil daridirinya , semasa inilah Emellda terperangkap kerana Aril
Fatah bertanya kan pada Emelda tentang adakah dia orang yang sama dengan
kejadian hitam yang berlaku dalam hidupnya .
Emelda , tidak dapat
mengelakkan diri dari terus berbohong lagi .
Dalam Bab 17- 20
, Aril fatah dapat mengetahui
yang kedia dua anak kembar Emelda itu adalah anak nya , hasil dari hubungan
gelapnya , Setelah mengetahui anak anak tersebut anak nya , Aril Fatah tidak
dapat menerima kesalahan tersebut diletakkan diatas bahu Emelda sahaja lalu
mengambil keputusan mengajak Emelda bernikah , tetapi Emelda menolaknya secara
baik .
Aril Fatah telah bersemuka
dengan Zuraidah , dan meminta maaf dengan Zuraidah kerana terpaksa melepaskan
dia , keran Aril Fatah ingin menebus segala kesalahan dan dosa silam yang
dilakukan . Demi kasih sayang , Zuraidah rela Aril Fatah menikahi Emelda
setelah Aril Fatah menikahi Zuraidah . Begitu sekali tingginya kasih sayang
Zuraidah terhadap Aril Fatah . Tetapi Aril Fatah tetap tidak dapat memenuhi
permintaan Zuraidah walaupun hati dan perasaan Aril Fatah menjerit dan menangis
dengan situasi yang dihadapinya , tetapi benar kata hati Aril Fatah tak kan
Emelda mahu menerima Aril Fatah jika dia tahu Aril Fatah suami orang , Aril
Fatah seperti telah salami hati perasaan Emelda .
Antara kata kata rayuan hati
seorang wanita yang mengejar cinta Aril Fatah ….
“ I tak pilih dia , tapi I terpaksa
demi masa depan dia , masa depan anak anak I , I dah buat silap dan sama ada I
mahu atau tidak , I harus bertanggungjawap .
“ Tapi I tetap tidak setuju , bentak
Zalida dengan keras
“ Tolonglak ida … jangan macam nie ,
tolong fahami situasi I nie .
“ Tak I tak mahu faham apa apa yang
I nak hanya u , diri u kasih sayang u dan seluruh jiwa dan raga u “
Dengan tegas dan dalam kesedihan
menahan air mata dari menitis , Aril Fatah berkata apa juga yang u katakana I
akan tetap mengambil Emelda sebagai isteri I dan tolong lupa kan diri I ….
Tuesday, 8 May 2012
KASIH ANTARA KITA ( BAB 8 - 15)
Hari ini dalam perjalanan ke pejabat , aku telah mendengar tajuk khusus hari ini iaitu IBU , aku tertarik untuk menulis mengenai IBU kerana aku amat sayangkan IBU aku , tanpa ibu tiadalah aku , pengorbanan mu sangat ku hargai dan aku pasti aku tidak dapat membalasnya .
Aku bukan lah seorang anak yang baik tetapi aku tahu aku adalah anak yang terbaik bagi ibu aku , walaupun sepanjang 38 tahun ini terdapat juga perbalahan antara aku dengan ibu , tetapi sebagai seorang anak yang terbaik untuk ibu ku , aku mengalah walaupun kekadang ianya amat perit untuk aku ingatkan , sesungguhnya aku kalau boleh tidak mahu peristiwa tersebut bermain dikotak minda ini .
Setitik air mata ibu yang mengalir akan menyusahkan hidupku , itu kepercayaan ku dan kata kata itu juga aku turunkan kepada 3 orang anak anak aku iaitu ANIQ , ADIQ dan GEENA , tetapi kita manusia hanya mampu merancang TUHAN juga yang menentukan , tanggal 15 JANUARI 2012 , adalah liputan sejarah yang memang aku tidak mahu ingati , tetapi demi menjadikan ianya sebahagian sejarah aku coretkan juga disini , supaya aku akan ingat hari ini dimana aku tidak bertegur sapa dengan seorang wanita yang tinggi darjatnya dalam hidup aku , sesungguhnya aku bukan mahu menjadi anak yang menderhaka tetapi keadaan yang memaksa , tahulah olehmu aku amat amat sayang pada diri mu , tiada insan lain yang boleh mengantikan dia dalam hidup aku .

Dalam episode 8-15 , ada tambahan karektor untuk kali ini , mereka adalah
MALIKI - Bekas Kekasih Emelda
ZALIDA - Teman Wanita Aril Fatah
Tan Sri Mustafa - Kawan baik Datok Salam ( Bapa Emelda )
Puan Sri Rubiah - Isteri Tan Sri Mustafa
Fazrul - Anak Lelaki Tan Sri Mustafa
Fadilah - Anak perempuan Tan Sri Mustafa
Kali ini sebagai pembaca aku dapat rasanya bagaimana kah perasaan Emelda apa bila dia memberitahu yang dirinya tidak berharga dan dia juga tidak mahu berkhawin kerana dia malu dengan diri sendiri , Datok Salam banyak memberi motivasi dan menaikkan kenyakinan diri supaya Emelda berkhawin dan membina keluarga sendiri , Hati Emelda tetap dengan pendirian nya tidak mahu berkhawin .Datok Salam hanya diamkan diri dan sabar dengan kerenah Emelda .
Pada suatu petang sewaktu Nia dan Atie bermain dipadang , Dr.Aril patah telah datang menghampiri Emelda yang sedang leka menemani anak naknya bermain , Dr Aril lalu ke Emelda yang sedang leka melihat anak anaknya berlari keriangan . Sewakti mereka duduk berdua sepupu Dr Aril iaitu wawa datang menghampiri anak nya yang bermain bersama NIa dan Atie lalu memarahi anaknya kerana bermain dengan Nia dan Atie , lalu Dr.Aril yang agak pelik dengan perangai wawa lalu bertanya kepada wawa kenapa yg dia tak benarkan anak anak tersebut bermain bersama , tanpa disangka sangka wawa telah memperkatakan
" Mereka nie anak luar nikah . Tak ada Ayah sebab itu wawa tak suka mereka bermain bersama " Kesian Emelda wajahnya pucat dan tidak sanggup berada disitu .Adik yang selama ini mengutuk dan memandang hina pada Emelda tak disangka sangka menjadi penyelamat kerana memarahi wawa yang bersuara tanpa memikirkan perasaan orang .
Dalam masa yang sama Aril Fatah terpikir kejadian 8 tahun yang lalu ,dan mula merasa bersalah dan yakin Emeldalah wanita yang ditudurinya dahulu . Bnayk perkara yang Aril Fatah fikirkan dan membuat jiwanya tidak tenteram .
Kasih Antara Kita ( Bab 1-7 )
Pada 6 Mei 2012 , aku telah ke kedai buku POPULAR SEREMBAN 2 , aku telah membeli 5 buah buku untuk aku membaca , entahlah berapa kurun lamanya boleh habis semuanya , plot cerita semuanya tentang pencintaan , kasih sayang . Aku pencinta ker ... bercinta .... ohh mungkin ya dan mungkin tidak .
Salah tetap salah dan yang benar tetap benar , tak kalah atau tidak hina jika kita mengaku melakukan kesilapan . kesilapan mengajar kita erti kematangan , sekali membuat silap insyaallah kita akan ingat selamanya .
Jom kita kongsi apa yang telah dibaca pada hari ini .
BAB 1 hingga BAB 7
Elmelda mempunyai dua orang anak kembar tanpa nikah bersama pasangan yang dirahsiakan olehnya .Kedua anak anak Emel adalah perempuan yang bernama Dania dan Atiea .
Emelda dari sebuah keluarga yang mempuanyai Ayah yang bernama Datok Salam dan ibunya bernama Datin Sutinah , manakala adik beradik nya pula ada 4 orang dalam episode setakat ini iaitu Amira kakak Emelda , Enieza adik perempuan Emelda dan Emeriz adik lelaki Emelda .
Diantara episode ini , jalan ceritanya hanya tertumpu kepada keluarga Emelda dimana Enieza tidak dapat menerima akaknya melahirkan anak tanpa nikah , Enieza pantang bertemu dengan Emelda akan mengeluarkan kata kata yang menyakitkan hati Emelda , ada sahaja tohmahan yang dilemparkan kepada Emelda , tetapi Emelda hanya mendiamkan diri tanpa menghiraukan cacian dah tohmahan tersebut , tetapi hati dan perasaan Emelda sentiasa berendam dengan air mata .
Didalam episode kali ini , terdapat satu babak flash back dimana watak Amira diceritakan , tentang Amira ditinggalkan kekasihnya lalu bersosial dikelab malam , dan berkenal dengan Aril Fatah , kerana mabuk mereka hanyut pada malam tersebut
--- end 8/05/2012 ---
Monday, 7 May 2012
Novel Kedua - TANGISAN BULAN MADU 2
NOVEL ke 2
Aku terus mencari kesinambungan dari novel pertama iaitu TANGISAN BULAN MADU , aku membeli dalam tahun yang sama iaitu pada tahun 2001 dengan harga RM12.90 di SBC BOOK STORE di Seremban .
Didalam novel kedua , secara pribadi pendapat aku ,tidak begitu menarik , cerita ringkas tidak seperti yang pertama jujurnya aku mengalirkan air mata takkala membaca novel tersebut , tetapi kali ini hanya baca untuk mengetahui kesinambungan dari novel pertama .
Jom aku nyatakan secara ringkas , supaya otak yang tak mampu untuk mengingati banyak perkara lagi akan lupa cerita yang telah dibaca .
Amira , telah berhijrah ke Sabah negeri dibawah bayu dengan membawa hati yang remuk setelah kehilangan insan yang tersayang , pemergian ke Sabah mendapat tentangan dari ayah dan bonda Amira , tetapi akhirnya akur dengan permintaan puteri kesangan mereka .
Amira berhijrah ke Sabah dengan menjadi guru , Setelah 4 tahun diSabah Amira telah pulang ke Semenanjung dan telah mengajar di Pahang .
Didalam novel kali ini , banyak kata kata antara Amira dan Bogatte diimbas kembali , permindahan ke Pahang membawa Amira berkenal dengan adik tiri Bagatte iaitu Razman ,tanpa disangka Amira sepanjang 4 tahun berada di Sabah banyak mengabiskan masa dengan aktif menulis puisi dan sajak dimana hasil karya Amira kerap mendapat tempat disurat khabar .
Nama pena Amira didalam bidang penulisan adalah DELIMA .
Tiada sapa yang mengenali Delima adalah Amira dan juga sebaliknya , Rahsia terbongkar pabila Amira ke bandar Pahang untuk melihat lihat kawasan yang pernah disusuri oleh Amira dan Bogatte . Didalam pasaraya terpandang oleh Amira sekumpulan anak muda mendidikasikan sajah dan puisi , mata Amira tertarik lalu terus terpandang muka yang paling dirindui iaitu arwah Bogatte .... tetapi tidak mungkin " abang telah pergi meninggalkan aku 4 tahun yang lalu " kata Amira .
Memang benar , siapa yang Amira lihat adalah RAZMAN setelah di selidik didapati RAZMAN adalah adik tiri Arwah Bogatte . Penceritaan bagi novel ini mencapai kemuncaknya apabila Amira jatuh hati dengan Razman tetapi demi SUMPAHNYA dihadapan Bogatte , Amira memendam perasaan tersebut manakala Razman pula terus menerus mendekati hati Amira namun tidak berjaya , Amira terus dengan egonya tidak mahu menerima Razman .
Setelah perassan cinta terhadap Amira ditolak , Razman telah menikahi perempuan pilihan keluarga dan meninggalkan kota Pahang . Seminggu setelah majlis penikahan nya Amira telah meluahkan perasaannya terhadap sahabat baiknya tentang perasaannya terhadap Razman tetapi semua nya telah terlambat dan nasik telah menjadi bubur , perasaan Amira sekali lagi dirundung kesedihan yang amat sangat , suatu hari Amira dapat sepucuk surat dari Razman dalam warkahnya kepada Amira , Razman ingin meminta maaf kerana tidak dapat memenuhi hasrat abang tirinya supaya memperisterikan Amira . Didalam surat itu juga terbongkarlah satu rahsia dimana Razman sememangnya tahu tentang penyakit yang dialami oleh Bogatte . Arwah abangnya telah meminta supaya Razman memperisterikan Amira dan menjaga Amira sebaik yang mungkin .Sekali lagi perasaan Amira dirobek , perasaan yang bersalah kerana terlalu mengikut perasaan dan sumpah yang tidak pernah arwah Bogette terima .
Kekesalan tidak berguna lagi , tetapi Amira masih terus ingin bersama Razman , adakah cinta lagi dihati Razman terhadap Amira , dan sanggup kah Amira mengganggu rumah tangga Razman bersama isterinya .Kita nantikan sambungan cerita ini di novel yang ke 3
--------------------------------------------- TAMMAT ----------------------------------------
Didalam novel kedua , secara pribadi pendapat aku ,tidak begitu menarik , cerita ringkas tidak seperti yang pertama jujurnya aku mengalirkan air mata takkala membaca novel tersebut , tetapi kali ini hanya baca untuk mengetahui kesinambungan dari novel pertama .
Jom aku nyatakan secara ringkas , supaya otak yang tak mampu untuk mengingati banyak perkara lagi akan lupa cerita yang telah dibaca .
Amira , telah berhijrah ke Sabah negeri dibawah bayu dengan membawa hati yang remuk setelah kehilangan insan yang tersayang , pemergian ke Sabah mendapat tentangan dari ayah dan bonda Amira , tetapi akhirnya akur dengan permintaan puteri kesangan mereka .
Amira berhijrah ke Sabah dengan menjadi guru , Setelah 4 tahun diSabah Amira telah pulang ke Semenanjung dan telah mengajar di Pahang .
Didalam novel kali ini , banyak kata kata antara Amira dan Bogatte diimbas kembali , permindahan ke Pahang membawa Amira berkenal dengan adik tiri Bagatte iaitu Razman ,tanpa disangka Amira sepanjang 4 tahun berada di Sabah banyak mengabiskan masa dengan aktif menulis puisi dan sajak dimana hasil karya Amira kerap mendapat tempat disurat khabar .
Nama pena Amira didalam bidang penulisan adalah DELIMA .
Tiada sapa yang mengenali Delima adalah Amira dan juga sebaliknya , Rahsia terbongkar pabila Amira ke bandar Pahang untuk melihat lihat kawasan yang pernah disusuri oleh Amira dan Bogatte . Didalam pasaraya terpandang oleh Amira sekumpulan anak muda mendidikasikan sajah dan puisi , mata Amira tertarik lalu terus terpandang muka yang paling dirindui iaitu arwah Bogatte .... tetapi tidak mungkin " abang telah pergi meninggalkan aku 4 tahun yang lalu " kata Amira .
Memang benar , siapa yang Amira lihat adalah RAZMAN setelah di selidik didapati RAZMAN adalah adik tiri Arwah Bogatte . Penceritaan bagi novel ini mencapai kemuncaknya apabila Amira jatuh hati dengan Razman tetapi demi SUMPAHNYA dihadapan Bogatte , Amira memendam perasaan tersebut manakala Razman pula terus menerus mendekati hati Amira namun tidak berjaya , Amira terus dengan egonya tidak mahu menerima Razman .
Setelah perassan cinta terhadap Amira ditolak , Razman telah menikahi perempuan pilihan keluarga dan meninggalkan kota Pahang . Seminggu setelah majlis penikahan nya Amira telah meluahkan perasaannya terhadap sahabat baiknya tentang perasaannya terhadap Razman tetapi semua nya telah terlambat dan nasik telah menjadi bubur , perasaan Amira sekali lagi dirundung kesedihan yang amat sangat , suatu hari Amira dapat sepucuk surat dari Razman dalam warkahnya kepada Amira , Razman ingin meminta maaf kerana tidak dapat memenuhi hasrat abang tirinya supaya memperisterikan Amira . Didalam surat itu juga terbongkarlah satu rahsia dimana Razman sememangnya tahu tentang penyakit yang dialami oleh Bogatte . Arwah abangnya telah meminta supaya Razman memperisterikan Amira dan menjaga Amira sebaik yang mungkin .Sekali lagi perasaan Amira dirobek , perasaan yang bersalah kerana terlalu mengikut perasaan dan sumpah yang tidak pernah arwah Bogette terima .
Kekesalan tidak berguna lagi , tetapi Amira masih terus ingin bersama Razman , adakah cinta lagi dihati Razman terhadap Amira , dan sanggup kah Amira mengganggu rumah tangga Razman bersama isterinya .Kita nantikan sambungan cerita ini di novel yang ke 3
--------------------------------------------- TAMMAT ----------------------------------------
Sunday, 6 May 2012
Novel Pertama - 2001 TANGISAN BULAN MADU
Aku malas membaca , betul ker aku malas membaca , tapi bila aku fikirkan aku rasa aku bukan seorang yang diketogarikan sebagai seorang yang pemalas membaca tapi aku just kemas kembali buku buku lama dimana aku dapatlah koleksi buku buku ku yang lama , antara buku yang aku nak syer kali nie adalah TANGISAN BULAN MADU karya SAMSIAH MOHD NOR .
Cetekan yang aku beli adalah pada cetakan yang kesepuluh iaitu pada tahun 2001 .Harga untuk koleksi buku ini adalah RM11.90 tak ingat pula adakah harga ini tinggi atau tidak ketika itu , kerana masa tu aku masih lagi pelajar di kolej .Sebenarnya koleksi buku ini terdapat dalam 4 koleksi novel , untuk ketika ini aku hanya ada 3 episode novel yang berkaitan antara satu sama lain .Aku akan dapatkan kan novel yang ke 4 dalam masa terdekat .
Jom kita bercerita tentang buku novel yang pertama aku punyai ini , jom layan .......
Dalam episode Permulaannya ,
Mempekenalkan watak utama dimana Amira seorang gadis yang cantik , yang berasal dari kampung telah belajar di peringkat Universiti Kebangsaan Malaysia dan berjaya memperolehi segulung ijazah . Kegembiraan Amira bagi memiliki segulung ijazah hanya sementara dan tidak berpanjangan kerana Amira tidak memperolehi sebarang pekerjaan setelah memerah tenanga dan membuang usia untuk mendapatkan segulung ijazah dari universiti adalah pengalaman yang amat menyakitkan . 
Butik Marina ..... adalah tempat Amira memulakan langkah kaki untuk mencari rezeki untuk membantu kelurganya , walaupun tidak seberapa tetapi niat dihati untuk meringankan bebanan keluarga . Disinilah bermulanya cerita cinta antara Bogatt dan Amira , seorang lelaki yang amat merendah kan diri , kacak dan baik hati .Tanpa disedari oleh Amira jejaka yang berjaya membuka hatinya adalah anak kepada majikan tempat dia mencari rezeki , ya Bogatt adalah anak Puan Marina ,Disinilah semuanya bermula ... bermula dengan kenalan seorang jejaka mengatur langkah untuk menawan hati Amira , kebahgian Amira memulakan titik titik bahagia melihat bagaimana dirinya disayangi oleh jejaka yang juga menarik perhatian hatinya , Disini juga bermula hati Amira dirobek dan disiat oleh Puan Marina kerana percintaan nya tidak direstui oleh beliau , dugaan demi dugaan ditempoh oleh Amira dan Bogatt TETAPI perumpamaan jika ada jodoh tak kemana akhirnya Amira dan Bogatt mengakhiri kisah cinta mereka di pelaminan yang mereka impikan .
Namun belum sempat mengecapi kebahagiaan suami isteri, Bogatt
meninggal dunia kerana penyakit barah otak yang dirahsiakan. Bogatt
tidak menyentuh Amira walaupun berkeinginan mengecap kebahagiaan suami
isteri yang sah bersama wanita yang amat bermakna dalam hidupnya itu.
Bogatt memutuskan mahu meninggalkan Amira dalam keadaan “suci” agar
boleh menyambung impian bulan madu dengan lelaki lain.

Didalam novel pertama ini jalan ceritanya berakhir dimana Bagott meninggal tanpa menyentuh Amira dan tiada kenangan yang ditinggalkan oleh Bogatt dalam kenangan BULAN MADU mereka yang ada hanya lah TANGISAN BULAN MADU .
Antara patah patah perkataan yang sangat menyentuh hati dan perasaan ku adalah
" Kalau abang sudah pergi , Mira jaga diri Mira baik baik , Abang tidak mahu Mira bersedih meratah dan merintih "
" Abang jangan cakap begitu , bang " Amira meletakkan hujung hujung jemarinya kemulut Bagatt " Kita harus mengecap bulan madu kita , kita harus ...."
Bukan bulan madu kita sayang ..... bulan madu kita tidak kesampaian .... abang tidak akan menyentuhi mu . Abang akan meninggalkan Mira dalam kesucian agar Mira boleh mengecap kebahgian nikmat bulan madu bila abang sudah pergi ...."
"Lebih menyiksakan kalau abang tinggalkan Mira kalau abang ......." "Sudahlah abang , walaup apa pun terjadi Mira tidak akan berganjak daripada keputusan yang sudah Mira buat , diri Mira hanya untuk abang ..." berderai - derai air matany Jatuh mengenai muka Bogatt .
" Jangan sisa diri mu sayang "
"Lupakah abang pada abang dulu - dulu ? Kalau kita bahgia disini , kita akan bertemu disana "
"Abang tak pernah lupa , tapi kebahagiaan kita disini terlalu singkat ,Mira ....."
"Walau singkat tapi kita bahagia disini , kita akan bertemu disana "
" Abang tak pernah lupa ,tapi kebahagiaan kita di sini terlalu singkat , Mira ...."
"Walaupun singkat tapi kita bahagia "
" Mira bahagia ? " Bogatt merenung wajah Amira yang bakal ditinggalkan tidak lama lagi Sayu pilu di hatinya usahlah dikira .
"Teramat bahagia, abang " begitu pengakuan Amira terhadap suami yang disayangi .Bogatt tidak sanggup melihat mata Amira yang nampak nya begitu sedih dan menderita .Diraihnya Amira dalam pelukan dan didakapnya tubuh isteri yang amat disayanginya erat erat seperti mahu dibawa bersama bersemadi di dalam pusara bila tiba 'waktunya ' .
"Mira yang abang sayang , kau bernasib malang kerana menjadi isteri abang kerana kau akan abang tinggalkan " katanya lalu membelai rambut Amira yang hitam pekat .
"Kalau abang sayang Mira , tinggalkan 'SESUATU' untuk Mira ,tolonglah abang " Amira mendongak dan menatap wajah Bogatt dari bawah .
" Tidak sayang .Kerana sayangkan dirimulah , abang akan tinggalkan dirimu dengan kesucian supaya Mira dapat menyambung kembali impian bulan madumu yang tidak kesampaian ."
" Tidak akan abang .Mira bersumpah atas nama abang , Mira tidak akan khawin lagi .Mira bersumpah ...Mira bersumpah ." jeritnya lantang dengan esak sedu yang tidak tertahan tahan .
Pelukan Bogatt makin erat menyelimuti tubuh Amira .Dikucupnya dahi isterinya dengan lembut dan dipujukkan kata kata indah sehingga Amira tertidur .
-------------------------------- TAMMAT ----------------------------------------------
Subscribe to:
Posts (Atom)