Monday, 14 May 2012

SALAM PERPISAHAN BUAT SAHABAT ....

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Aku menulis adalah kerana , ingin mendidikasikan tulisan aku kepada seorang kawan dan juga sahabat yang aku kenali sepanjang tempoh 5-6 tahun ini , pertemuan kami memang tidak pernah dirancang kerana pertemuan kami adalah di tempat bagi mendapat sesuap nasi , sepanjang tahun tahun perkenalan kita banyak kenangan yang tercipta antara kau dan aku . Kenangan yang tak mungkin boleh dibeli dari mana mana , semoga kenangan tersebut mematang kan aku dan kau , apa yang baik ambillah ianya sebagai pengajaran dan yang tak baik atau buruk tinggalkan disini , semoga kau tak akan menempuh kesedihan dan keperitan yang pernah kita lalui bersama , Sesungguhnya apa yang kita tempoh adalah pengajaran yang amat bermakna .Walaupun kadang kala antara kita ada perkara yang tidak puas hati tapi itu biasa kerana kita bukan rasul atau malaikat , tapi persengketaan kita tak kan lama , ini membuktikan yang kita saling melengkapi antara satu sama lain ..... 


Tanggal 9 June 2012 , 
adalah satu tarikh dimana antara kau dan aku tidak akan berjumpa untuk hari hari seperti biasa , kau telah ke satu tempat yang kau impikan untuk mencari apa yang lebih baik dari sini , teruskan lah apa yang dirancang jika itu yang kau impikan , hanya apa yang ku pinta jangan lah lenyapkan memori indah atau perit disini , terutama sekali AKU , kerana percayalah seberapa ramai pun sahabat atau kawan yang akan kau temui MUNGKIN aku tetap satu dan sukar untuk kau temui diri seperti AKU .

Terima kasih sahabatku untuk segalanya , memang benar untuk memajukan lagi kehidupan ini , kita mesti berhijrah tetapi janganlah penhijrahan itu juga menamatkan hubungan kau dan aku . Maaf andai kata aku tersilap mencongak pada nilai kejujuran dan berterus terang seperti yang kau ketahui tingkah laku ku yang suka berterus terang kerana aku adalah insan yang tak pandai bermuka muka , apa yang aku ingin katakan aku akan katakan , Ya aku faham bukan semua orang yang suka cara aku sebegini tapi aku percaya demi inginkan pertalian persahabatan kita tidak putus di tengah jalan , kau terima aku seadanya , aku juga telan sahaja apa juga cara mu kerana kekadang kita sebagai manusia ini tidak sempurna mana , kita  kena berkorban untuk mendapat apa yang kita mahu , antara kau dan aku kemahuan kita adalah hubungan KAWAN atau SAHABAT itu yang penting .

Duhai sahabatku , 
Dunia kita memang berbeza , kau dibesarkan dikampung manakala aku dibesarkan dibandar , tetapi kehidupan kita seakan sama , kesusahan kau dimasa remaja dan kesusahan aku dimasa remaja dua perkara yang berlainan tetapi perkataan SUSAH adalah sama antara kita berdua . Mungkin kerana kesusahan tersebut kita ditemukan , kita pernah mengalirkan air mata bersama kerana mendengar kelohan masing masing tapi percayalah air mata yang mengalir itu adalah air mata kesedihan dan kebahgian , kesedihan kerana cerita kau dan aku manakala kebahgian kerana kita adalah SAHABAT .

Aku dambarkan perubahan positif dalam diri ini dan kita seiring sejalan mula berubah menjadi lebih baik . Perubahan inilah yang dituntut kerana tiada manusia yang sempurna hidupnya .Kehidupan sederhana dan dilingkumi ukhuwah yang terbina menjadi hidup amat bermakna .

 
Dengan itu walaupun kita sudah semakin jauh mengorak langkah menuju destinasi berlainan, aku akan tetap menganggap dirimu sebagai sahabat terbaikku.

Akhir kata, andai kita bertemu lagi, janganlah kau kenang perkara yang tidak baik tentang aku tetapi kenanglah perkara yang indah tentang kita. Apabila kita mulakan hidup baru, itu tidak bermakna memori lama akan terhapus tetapi ianya akan menjadi sebahagian kehidupan kita yang hakiki. Hakikat sebuah pertemuan yang manis dan akan kekal begitu.

Apapun terima kasih Ya Allah kerana menemukan aku dengan dia walaupun seketika. Selamat tinggal sahabat. Moga kau menemui pencarianmu...




No comments:

Post a Comment