Monday, 14 May 2012

KASIH ANTARA KITA - BAB 16 – 20

Hangat hangat tahi ayam , pribahasa yang sesuai untuk diri aku kerana mula mula menulis blog hari hari singgah kat blog dan mengupdated apa yang patut , hari ini telah masuk kembali setelah 3-4 hari tak sempat updated blog yang tersedia ini , apa apa pun kali ini aku terpaksalah mengiyakan kata kata yang selalu diperkatakan oleh Encik Suami aku , dimana apa yang aku buat selalunya mula mula sahaja yang bersemangat kemudian “ting tong “….

Cerita yang aku nak kongsi kali ini adalah , cerita anak anak ku , seperti yang dinyatakan sebelum sebelum nie aku mempunyai 3 orang anak , 2 yang pertama lelaki yang ketiga adalah perempuan , so kali nie aku nak bercerita tentang anak kedua dan ketiga aku , mereka telah bersekolah didarjah 3 dan 1 , dan minggu lepas adalah minggu peperiksaan disekolah mereka .Anak ketiga aku namanya GEENA dia nie kalau bercakap mengalahkan orang tua , itu kalau depan aku dan keluarga lah kalau depan orang lain sunyi sepi … Geena nie kalau setakat nie dalam pelajaran kira membanggakan lah , manakala anak aku yang kedua pulak ADIQ namanya agak “SLOW” dan memang tak leh nak letakkan harapan pada diri nya , apa pun dia mempunyai sifat yang terbaik antara mereka bertiga .

Keputusan penggal peperiksa mereka , seperti biasalah Geena mendapat keputusan yg cermerlang manakala ADIQ kira kira lulus tapi dalam katogeri C .Kemampuan dia setakat disitu , apa nak buat kan , guru tusyen sejak dari darjah 1 memang dah aku cari , tapi kemampuannya tak banyak berubah , jadi aku terima seadanya .

Perbualan antara Geena Dan Adiq ,…
“ Abang Adiq , kenapa abang tak leh buat Matematik tu , kan kita dah belajar kat KUMON “

“ Ala geena ingat senang ker nak buat matematik darjah 3 , geena darjah 1 memang lah senang , masa nak buat tu abang dah fakir cam nak mati tau “

Aku senyum , dalam hati berkata camnalah dia tahu yang nak mati tu susah camna …. hhehheheehhe


-----------------------------------------------------------------------------------------





Jom kita sambung cerita pasal novel pula , ………..

Untuk  menulis antara bab 16 dan 20 , agak panjang juga nak menuliskan tetapi tak ngapa apa yang teringat aku akan cuba menzahirkan diblog ini supaya sesiapa yang membaca tidak akan terasa kepincangan jalan ceritanya .

Seperti yang diketahui adik Emelda , Enieza tidak berbaik dengan Emelda atas alasan tidak setuju dengan tindak tanduk kakak nya yang melahirkan anak luar nikah , tetapi dalam bab bab terdekat ini mereka telah berbaik antara satu sama lain , kerana hentaman dan cacian dari mulut orang dan Enieza memnyebelahi kakaknya .

Dalam bab 16  , Aril Fatah telah mengetahu detail pribadi Emelda , dimana pada satu malam ketika Atie dan Nia deman kad pengenalan Emelda telah tertinggalkan , dan Aril Fatah telah menyimpan dan berhubung terus dengan Emelda untuk menyuruh Emelda mengambil daridirinya , semasa inilah Emellda terperangkap kerana Aril Fatah bertanya kan pada Emelda tentang adakah dia orang yang sama dengan kejadian hitam yang berlaku dalam hidupnya .

Emelda , tidak dapat mengelakkan diri dari terus berbohong lagi .

Dalam Bab 17- 20   , Aril fatah dapat mengetahui yang kedia dua anak kembar Emelda itu adalah anak nya , hasil dari hubungan gelapnya , Setelah mengetahui anak anak tersebut anak nya , Aril Fatah tidak dapat menerima kesalahan tersebut diletakkan diatas bahu Emelda sahaja lalu mengambil keputusan mengajak Emelda bernikah , tetapi Emelda menolaknya secara baik .

Aril Fatah telah bersemuka dengan Zuraidah , dan meminta maaf dengan Zuraidah kerana terpaksa melepaskan dia , keran Aril Fatah ingin menebus segala kesalahan dan dosa silam yang dilakukan . Demi kasih sayang , Zuraidah rela Aril Fatah menikahi Emelda setelah Aril Fatah menikahi Zuraidah . Begitu sekali tingginya kasih sayang Zuraidah terhadap Aril Fatah . Tetapi Aril Fatah tetap tidak dapat memenuhi permintaan Zuraidah walaupun hati dan perasaan Aril Fatah menjerit dan menangis dengan situasi yang dihadapinya , tetapi benar kata hati Aril Fatah tak kan Emelda mahu menerima Aril Fatah jika dia tahu Aril Fatah suami orang , Aril Fatah seperti telah salami hati perasaan Emelda .

Antara kata kata rayuan hati seorang wanita yang mengejar cinta Aril Fatah ….

“ Tak sangka u akan pilih dia ,

“ I tak pilih dia , tapi I terpaksa demi masa depan dia , masa depan anak anak I , I dah buat silap dan sama ada I mahu atau tidak , I harus bertanggungjawap .

“ Tapi I tetap tidak setuju , bentak Zalida dengan keras

“ Tolonglak ida … jangan macam nie , tolong fahami situasi I nie .

“ Tak I tak mahu faham apa apa yang I nak hanya u , diri u kasih sayang u dan seluruh jiwa dan raga u “

Dengan tegas dan dalam kesedihan menahan air mata dari menitis , Aril Fatah berkata apa juga yang u katakana I akan tetap mengambil Emelda sebagai isteri I dan tolong lupa kan diri I ….

No comments:

Post a Comment