Pada 6 Mei 2012 , aku telah ke kedai buku POPULAR SEREMBAN 2 , aku telah membeli 5 buah buku untuk aku membaca , entahlah berapa kurun lamanya boleh habis semuanya , plot cerita semuanya tentang pencintaan , kasih sayang . Aku pencinta ker ... bercinta .... ohh mungkin ya dan mungkin tidak .
Salah tetap salah dan yang benar tetap benar , tak kalah atau tidak hina jika kita mengaku melakukan kesilapan . kesilapan mengajar kita erti kematangan , sekali membuat silap insyaallah kita akan ingat selamanya .
Jom kita kongsi apa yang telah dibaca pada hari ini .
BAB 1 hingga BAB 7
Elmelda mempunyai dua orang anak kembar tanpa nikah bersama pasangan yang dirahsiakan olehnya .Kedua anak anak Emel adalah perempuan yang bernama Dania dan Atiea .
Emelda dari sebuah keluarga yang mempuanyai Ayah yang bernama Datok Salam dan ibunya bernama Datin Sutinah , manakala adik beradik nya pula ada 4 orang dalam episode setakat ini iaitu Amira kakak Emelda , Enieza adik perempuan Emelda dan Emeriz adik lelaki Emelda .
Diantara episode ini , jalan ceritanya hanya tertumpu kepada keluarga Emelda dimana Enieza tidak dapat menerima akaknya melahirkan anak tanpa nikah , Enieza pantang bertemu dengan Emelda akan mengeluarkan kata kata yang menyakitkan hati Emelda , ada sahaja tohmahan yang dilemparkan kepada Emelda , tetapi Emelda hanya mendiamkan diri tanpa menghiraukan cacian dah tohmahan tersebut , tetapi hati dan perasaan Emelda sentiasa berendam dengan air mata .
Didalam episode kali ini , terdapat satu babak flash back dimana watak Amira diceritakan , tentang Amira ditinggalkan kekasihnya lalu bersosial dikelab malam , dan berkenal dengan Aril Fatah , kerana mabuk mereka hanyut pada malam tersebut
--- end 8/05/2012 ---
No comments:
Post a Comment