Aku malas membaca , betul ker aku malas membaca , tapi bila aku fikirkan aku rasa aku bukan seorang yang diketogarikan sebagai seorang yang pemalas membaca tapi aku just kemas kembali buku buku lama dimana aku dapatlah koleksi buku buku ku yang lama , antara buku yang aku nak syer kali nie adalah TANGISAN BULAN MADU karya SAMSIAH MOHD NOR .
Cetekan yang aku beli adalah pada cetakan yang kesepuluh iaitu pada tahun 2001 .Harga untuk koleksi buku ini adalah RM11.90 tak ingat pula adakah harga ini tinggi atau tidak ketika itu , kerana masa tu aku masih lagi pelajar di kolej .Sebenarnya koleksi buku ini terdapat dalam 4 koleksi novel , untuk ketika ini aku hanya ada 3 episode novel yang berkaitan antara satu sama lain .Aku akan dapatkan kan novel yang ke 4 dalam masa terdekat .
Jom kita bercerita tentang buku novel yang pertama aku punyai ini , jom layan .......
Dalam episode Permulaannya ,
Mempekenalkan watak utama dimana Amira seorang gadis yang cantik , yang berasal dari kampung telah belajar di peringkat Universiti Kebangsaan Malaysia dan berjaya memperolehi segulung ijazah . Kegembiraan Amira bagi memiliki segulung ijazah hanya sementara dan tidak berpanjangan kerana Amira tidak memperolehi sebarang pekerjaan setelah memerah tenanga dan membuang usia untuk mendapatkan segulung ijazah dari universiti adalah pengalaman yang amat menyakitkan . 
Butik Marina ..... adalah tempat Amira memulakan langkah kaki untuk mencari rezeki untuk membantu kelurganya , walaupun tidak seberapa tetapi niat dihati untuk meringankan bebanan keluarga . Disinilah bermulanya cerita cinta antara Bogatt dan Amira , seorang lelaki yang amat merendah kan diri , kacak dan baik hati .Tanpa disedari oleh Amira jejaka yang berjaya membuka hatinya adalah anak kepada majikan tempat dia mencari rezeki , ya Bogatt adalah anak Puan Marina ,Disinilah semuanya bermula ... bermula dengan kenalan seorang jejaka mengatur langkah untuk menawan hati Amira , kebahgian Amira memulakan titik titik bahagia melihat bagaimana dirinya disayangi oleh jejaka yang juga menarik perhatian hatinya , Disini juga bermula hati Amira dirobek dan disiat oleh Puan Marina kerana percintaan nya tidak direstui oleh beliau , dugaan demi dugaan ditempoh oleh Amira dan Bogatt TETAPI perumpamaan jika ada jodoh tak kemana akhirnya Amira dan Bogatt mengakhiri kisah cinta mereka di pelaminan yang mereka impikan .
Namun belum sempat mengecapi kebahagiaan suami isteri, Bogatt
meninggal dunia kerana penyakit barah otak yang dirahsiakan. Bogatt
tidak menyentuh Amira walaupun berkeinginan mengecap kebahagiaan suami
isteri yang sah bersama wanita yang amat bermakna dalam hidupnya itu.
Bogatt memutuskan mahu meninggalkan Amira dalam keadaan “suci” agar
boleh menyambung impian bulan madu dengan lelaki lain.

Didalam novel pertama ini jalan ceritanya berakhir dimana Bagott meninggal tanpa menyentuh Amira dan tiada kenangan yang ditinggalkan oleh Bogatt dalam kenangan BULAN MADU mereka yang ada hanya lah TANGISAN BULAN MADU .
Antara patah patah perkataan yang sangat menyentuh hati dan perasaan ku adalah
" Kalau abang sudah pergi , Mira jaga diri Mira baik baik , Abang tidak mahu Mira bersedih meratah dan merintih "
" Abang jangan cakap begitu , bang " Amira meletakkan hujung hujung jemarinya kemulut Bagatt " Kita harus mengecap bulan madu kita , kita harus ...."
Bukan bulan madu kita sayang ..... bulan madu kita tidak kesampaian .... abang tidak akan menyentuhi mu . Abang akan meninggalkan Mira dalam kesucian agar Mira boleh mengecap kebahgian nikmat bulan madu bila abang sudah pergi ...."
"Lebih menyiksakan kalau abang tinggalkan Mira kalau abang ......." "Sudahlah abang , walaup apa pun terjadi Mira tidak akan berganjak daripada keputusan yang sudah Mira buat , diri Mira hanya untuk abang ..." berderai - derai air matany Jatuh mengenai muka Bogatt .
" Jangan sisa diri mu sayang "
"Lupakah abang pada abang dulu - dulu ? Kalau kita bahgia disini , kita akan bertemu disana "
"Abang tak pernah lupa , tapi kebahagiaan kita disini terlalu singkat ,Mira ....."
"Walau singkat tapi kita bahagia disini , kita akan bertemu disana "
" Abang tak pernah lupa ,tapi kebahagiaan kita di sini terlalu singkat , Mira ...."
"Walaupun singkat tapi kita bahagia "
" Mira bahagia ? " Bogatt merenung wajah Amira yang bakal ditinggalkan tidak lama lagi Sayu pilu di hatinya usahlah dikira .
"Teramat bahagia, abang " begitu pengakuan Amira terhadap suami yang disayangi .Bogatt tidak sanggup melihat mata Amira yang nampak nya begitu sedih dan menderita .Diraihnya Amira dalam pelukan dan didakapnya tubuh isteri yang amat disayanginya erat erat seperti mahu dibawa bersama bersemadi di dalam pusara bila tiba 'waktunya ' .
"Mira yang abang sayang , kau bernasib malang kerana menjadi isteri abang kerana kau akan abang tinggalkan " katanya lalu membelai rambut Amira yang hitam pekat .
"Kalau abang sayang Mira , tinggalkan 'SESUATU' untuk Mira ,tolonglah abang " Amira mendongak dan menatap wajah Bogatt dari bawah .
" Tidak sayang .Kerana sayangkan dirimulah , abang akan tinggalkan dirimu dengan kesucian supaya Mira dapat menyambung kembali impian bulan madumu yang tidak kesampaian ."
" Tidak akan abang .Mira bersumpah atas nama abang , Mira tidak akan khawin lagi .Mira bersumpah ...Mira bersumpah ." jeritnya lantang dengan esak sedu yang tidak tertahan tahan .
Pelukan Bogatt makin erat menyelimuti tubuh Amira .Dikucupnya dahi isterinya dengan lembut dan dipujukkan kata kata indah sehingga Amira tertidur .
-------------------------------- TAMMAT ----------------------------------------------
permulaan yg baik ..... nak jadi follower boleh ... heehhe
ReplyDelete