Wednesday, 23 May 2012

KASIH ANTARA KITA (BAB 25-30)

BAB 25 – 30

Setelah berbagai dugaan untuk memujuk Emelda berkhawin akhirnya , Emelda bersetuju berkhawin dengan Aril Fatah dengan syarat Aril Fatah tidak memaksa dirinya dalam semua perkara . Demi ingin menebuskan segala kesalahan yang dilakukan Aril Fatah bersetuju dengan syarat yang diberikan .

Tentangan dari sebelah Aril Fatah adalah kakak  sulung Aril Fatah iaitu Nazatul Huda ,
“ Apa ??? nak kawin dengan perempuan tu ? Hei … Jadih bodoh Aril …

Kedua ibu bapa Aril Fatah tidak membantah sebarang keputusan anak lelaki tunggalnya .Manakala kakanya yang keduanya Nazatul Hani lebih professional dalam menyelesaikan masaalah , walaupun Hana dan Hani pasangan kembar tetapi kedua dua mereka mempunyai tingkah laku dan perangai yang kontra antara satu sama lain .

Dalam suatu babak dirumah Emelda pula , walaupun keputusan berkhawin telah dipersetujui tetapi Emelda sentiasa murung dan bersedih tidak seperti seorang wanita yang ingin menamatkan zaman bujang mereka ,

“ Emel tak tahu ayah , susah benar rasanya ingin membuat keputusan , tetapi Emel telah membuat keputusan yang tak pasti betul atau tidak untuk diri Emel “

“ Ayah faham perasaan Emel , Berkhawin dengan orang yang tidak kita cinta memang bukan perkara mudah “Tapi dalam hidup kita , tak semua yang kita inginkan akan kita dapat ,Kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan”

“ Yakinlah pada NYA , ayah pasti Emel tak akan gagal lagi , beri peluang pada diri sendiri untuk bahagia sebab bahagia tak akan dating bergolek , bahagia perlu dicari “

Bagi diri Emel dia tahu semua terpulang pada dirinya , Hanya padanya tergalas segugus kunci yang menjadi harapan semua orang . Dia akur .


Monday, 14 May 2012

SALAM PERPISAHAN BUAT SAHABAT ....

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Aku menulis adalah kerana , ingin mendidikasikan tulisan aku kepada seorang kawan dan juga sahabat yang aku kenali sepanjang tempoh 5-6 tahun ini , pertemuan kami memang tidak pernah dirancang kerana pertemuan kami adalah di tempat bagi mendapat sesuap nasi , sepanjang tahun tahun perkenalan kita banyak kenangan yang tercipta antara kau dan aku . Kenangan yang tak mungkin boleh dibeli dari mana mana , semoga kenangan tersebut mematang kan aku dan kau , apa yang baik ambillah ianya sebagai pengajaran dan yang tak baik atau buruk tinggalkan disini , semoga kau tak akan menempuh kesedihan dan keperitan yang pernah kita lalui bersama , Sesungguhnya apa yang kita tempoh adalah pengajaran yang amat bermakna .Walaupun kadang kala antara kita ada perkara yang tidak puas hati tapi itu biasa kerana kita bukan rasul atau malaikat , tapi persengketaan kita tak kan lama , ini membuktikan yang kita saling melengkapi antara satu sama lain ..... 


Tanggal 9 June 2012 , 
adalah satu tarikh dimana antara kau dan aku tidak akan berjumpa untuk hari hari seperti biasa , kau telah ke satu tempat yang kau impikan untuk mencari apa yang lebih baik dari sini , teruskan lah apa yang dirancang jika itu yang kau impikan , hanya apa yang ku pinta jangan lah lenyapkan memori indah atau perit disini , terutama sekali AKU , kerana percayalah seberapa ramai pun sahabat atau kawan yang akan kau temui MUNGKIN aku tetap satu dan sukar untuk kau temui diri seperti AKU .

Terima kasih sahabatku untuk segalanya , memang benar untuk memajukan lagi kehidupan ini , kita mesti berhijrah tetapi janganlah penhijrahan itu juga menamatkan hubungan kau dan aku . Maaf andai kata aku tersilap mencongak pada nilai kejujuran dan berterus terang seperti yang kau ketahui tingkah laku ku yang suka berterus terang kerana aku adalah insan yang tak pandai bermuka muka , apa yang aku ingin katakan aku akan katakan , Ya aku faham bukan semua orang yang suka cara aku sebegini tapi aku percaya demi inginkan pertalian persahabatan kita tidak putus di tengah jalan , kau terima aku seadanya , aku juga telan sahaja apa juga cara mu kerana kekadang kita sebagai manusia ini tidak sempurna mana , kita  kena berkorban untuk mendapat apa yang kita mahu , antara kau dan aku kemahuan kita adalah hubungan KAWAN atau SAHABAT itu yang penting .

Duhai sahabatku , 
Dunia kita memang berbeza , kau dibesarkan dikampung manakala aku dibesarkan dibandar , tetapi kehidupan kita seakan sama , kesusahan kau dimasa remaja dan kesusahan aku dimasa remaja dua perkara yang berlainan tetapi perkataan SUSAH adalah sama antara kita berdua . Mungkin kerana kesusahan tersebut kita ditemukan , kita pernah mengalirkan air mata bersama kerana mendengar kelohan masing masing tapi percayalah air mata yang mengalir itu adalah air mata kesedihan dan kebahgian , kesedihan kerana cerita kau dan aku manakala kebahgian kerana kita adalah SAHABAT .

Aku dambarkan perubahan positif dalam diri ini dan kita seiring sejalan mula berubah menjadi lebih baik . Perubahan inilah yang dituntut kerana tiada manusia yang sempurna hidupnya .Kehidupan sederhana dan dilingkumi ukhuwah yang terbina menjadi hidup amat bermakna .

 
Dengan itu walaupun kita sudah semakin jauh mengorak langkah menuju destinasi berlainan, aku akan tetap menganggap dirimu sebagai sahabat terbaikku.

Akhir kata, andai kita bertemu lagi, janganlah kau kenang perkara yang tidak baik tentang aku tetapi kenanglah perkara yang indah tentang kita. Apabila kita mulakan hidup baru, itu tidak bermakna memori lama akan terhapus tetapi ianya akan menjadi sebahagian kehidupan kita yang hakiki. Hakikat sebuah pertemuan yang manis dan akan kekal begitu.

Apapun terima kasih Ya Allah kerana menemukan aku dengan dia walaupun seketika. Selamat tinggal sahabat. Moga kau menemui pencarianmu...




KASIH ANTARA KITA - BAB 16 – 20

Hangat hangat tahi ayam , pribahasa yang sesuai untuk diri aku kerana mula mula menulis blog hari hari singgah kat blog dan mengupdated apa yang patut , hari ini telah masuk kembali setelah 3-4 hari tak sempat updated blog yang tersedia ini , apa apa pun kali ini aku terpaksalah mengiyakan kata kata yang selalu diperkatakan oleh Encik Suami aku , dimana apa yang aku buat selalunya mula mula sahaja yang bersemangat kemudian “ting tong “….

Cerita yang aku nak kongsi kali ini adalah , cerita anak anak ku , seperti yang dinyatakan sebelum sebelum nie aku mempunyai 3 orang anak , 2 yang pertama lelaki yang ketiga adalah perempuan , so kali nie aku nak bercerita tentang anak kedua dan ketiga aku , mereka telah bersekolah didarjah 3 dan 1 , dan minggu lepas adalah minggu peperiksaan disekolah mereka .Anak ketiga aku namanya GEENA dia nie kalau bercakap mengalahkan orang tua , itu kalau depan aku dan keluarga lah kalau depan orang lain sunyi sepi … Geena nie kalau setakat nie dalam pelajaran kira membanggakan lah , manakala anak aku yang kedua pulak ADIQ namanya agak “SLOW” dan memang tak leh nak letakkan harapan pada diri nya , apa pun dia mempunyai sifat yang terbaik antara mereka bertiga .

Keputusan penggal peperiksa mereka , seperti biasalah Geena mendapat keputusan yg cermerlang manakala ADIQ kira kira lulus tapi dalam katogeri C .Kemampuan dia setakat disitu , apa nak buat kan , guru tusyen sejak dari darjah 1 memang dah aku cari , tapi kemampuannya tak banyak berubah , jadi aku terima seadanya .

Perbualan antara Geena Dan Adiq ,…
“ Abang Adiq , kenapa abang tak leh buat Matematik tu , kan kita dah belajar kat KUMON “

“ Ala geena ingat senang ker nak buat matematik darjah 3 , geena darjah 1 memang lah senang , masa nak buat tu abang dah fakir cam nak mati tau “

Aku senyum , dalam hati berkata camnalah dia tahu yang nak mati tu susah camna …. hhehheheehhe


-----------------------------------------------------------------------------------------





Jom kita sambung cerita pasal novel pula , ………..

Untuk  menulis antara bab 16 dan 20 , agak panjang juga nak menuliskan tetapi tak ngapa apa yang teringat aku akan cuba menzahirkan diblog ini supaya sesiapa yang membaca tidak akan terasa kepincangan jalan ceritanya .

Seperti yang diketahui adik Emelda , Enieza tidak berbaik dengan Emelda atas alasan tidak setuju dengan tindak tanduk kakak nya yang melahirkan anak luar nikah , tetapi dalam bab bab terdekat ini mereka telah berbaik antara satu sama lain , kerana hentaman dan cacian dari mulut orang dan Enieza memnyebelahi kakaknya .

Dalam bab 16  , Aril Fatah telah mengetahu detail pribadi Emelda , dimana pada satu malam ketika Atie dan Nia deman kad pengenalan Emelda telah tertinggalkan , dan Aril Fatah telah menyimpan dan berhubung terus dengan Emelda untuk menyuruh Emelda mengambil daridirinya , semasa inilah Emellda terperangkap kerana Aril Fatah bertanya kan pada Emelda tentang adakah dia orang yang sama dengan kejadian hitam yang berlaku dalam hidupnya .

Emelda , tidak dapat mengelakkan diri dari terus berbohong lagi .

Dalam Bab 17- 20   , Aril fatah dapat mengetahui yang kedia dua anak kembar Emelda itu adalah anak nya , hasil dari hubungan gelapnya , Setelah mengetahui anak anak tersebut anak nya , Aril Fatah tidak dapat menerima kesalahan tersebut diletakkan diatas bahu Emelda sahaja lalu mengambil keputusan mengajak Emelda bernikah , tetapi Emelda menolaknya secara baik .

Aril Fatah telah bersemuka dengan Zuraidah , dan meminta maaf dengan Zuraidah kerana terpaksa melepaskan dia , keran Aril Fatah ingin menebus segala kesalahan dan dosa silam yang dilakukan . Demi kasih sayang , Zuraidah rela Aril Fatah menikahi Emelda setelah Aril Fatah menikahi Zuraidah . Begitu sekali tingginya kasih sayang Zuraidah terhadap Aril Fatah . Tetapi Aril Fatah tetap tidak dapat memenuhi permintaan Zuraidah walaupun hati dan perasaan Aril Fatah menjerit dan menangis dengan situasi yang dihadapinya , tetapi benar kata hati Aril Fatah tak kan Emelda mahu menerima Aril Fatah jika dia tahu Aril Fatah suami orang , Aril Fatah seperti telah salami hati perasaan Emelda .

Antara kata kata rayuan hati seorang wanita yang mengejar cinta Aril Fatah ….

“ Tak sangka u akan pilih dia ,

“ I tak pilih dia , tapi I terpaksa demi masa depan dia , masa depan anak anak I , I dah buat silap dan sama ada I mahu atau tidak , I harus bertanggungjawap .

“ Tapi I tetap tidak setuju , bentak Zalida dengan keras

“ Tolonglak ida … jangan macam nie , tolong fahami situasi I nie .

“ Tak I tak mahu faham apa apa yang I nak hanya u , diri u kasih sayang u dan seluruh jiwa dan raga u “

Dengan tegas dan dalam kesedihan menahan air mata dari menitis , Aril Fatah berkata apa juga yang u katakana I akan tetap mengambil Emelda sebagai isteri I dan tolong lupa kan diri I ….

Tuesday, 8 May 2012

KASIH ANTARA KITA ( BAB 8 - 15)

Hari ini dalam perjalanan ke pejabat , aku telah mendengar tajuk khusus hari ini iaitu IBU , aku tertarik untuk menulis mengenai IBU kerana aku amat sayangkan IBU aku , tanpa ibu tiadalah aku , pengorbanan mu sangat ku hargai dan aku pasti aku tidak dapat membalasnya .

Aku bukan lah seorang anak yang baik tetapi aku tahu aku adalah anak yang terbaik bagi ibu aku , walaupun sepanjang 38 tahun ini terdapat juga perbalahan antara aku dengan ibu , tetapi sebagai seorang anak yang terbaik untuk ibu ku , aku mengalah walaupun kekadang ianya amat perit untuk aku ingatkan , sesungguhnya aku kalau boleh tidak mahu peristiwa tersebut bermain dikotak minda ini .

Setitik air mata ibu yang mengalir akan menyusahkan hidupku , itu kepercayaan ku dan kata kata itu juga aku turunkan kepada 3 orang anak anak aku iaitu ANIQ , ADIQ dan GEENA , tetapi kita manusia hanya mampu merancang TUHAN juga yang menentukan , tanggal 15 JANUARI 2012 , adalah liputan sejarah yang memang aku tidak mahu ingati , tetapi demi menjadikan ianya sebahagian sejarah aku coretkan juga disini , supaya aku akan ingat hari ini dimana aku tidak bertegur sapa dengan seorang wanita yang tinggi darjatnya dalam hidup aku , sesungguhnya aku bukan mahu menjadi anak yang menderhaka tetapi keadaan yang memaksa , tahulah olehmu aku amat amat sayang pada diri mu , tiada insan lain yang boleh mengantikan dia dalam hidup aku .

Kekadang kita tidak perlu ambil tahu hal orang lain , termasuk hal adik beradik sendiri tetapi aku adalah tak mengerti mengapa aku mesti  terlalu ambil tahu , adakah kerana sifat aku mengambil berat atau aku suka menjaga tepi kain orang lain . Tapi aku yakin aku bukan sebegitu , aku tak sampai hati walaupun perwatakan aku seperti seorang yang garang tapi aku mempunyai hati yang amat lembut .Tapi apabila terjadinya peristiwa malang itu aku berjanji dengan hati ku sendiri yang aku tak akan ambil tahu , tapi aku sungguh sedih kerana bila aku berbuat demikian aku seperti bukan menjadi diri aku ....tapi demi menjaga hati orang lain biarlah aku begini .Dimana nilai hormat seseorang bila kita yang tua tidak diperlakukan sepertinya , tidak bertegur jauh sekali bertanya khabar. Carik Carik bulu Ayam Lambat Laun Bercamtun juga , Air Dicincang Tak Akan Putus aku amat berharap semoga pribahasa tersebut menunjukkan saktinya , Insyaallah.

Masa untuk NOVEL jom kita kongsi cerita hari ini .......
Dalam episode 8-15 , ada tambahan karektor untuk kali ini , mereka adalah
MALIKI - Bekas Kekasih Emelda 
ZALIDA - Teman Wanita Aril Fatah 
Tan Sri Mustafa - Kawan baik Datok Salam ( Bapa Emelda )
Puan Sri Rubiah - Isteri Tan Sri Mustafa 
Fazrul - Anak Lelaki Tan Sri Mustafa 
Fadilah - Anak perempuan Tan Sri Mustafa  

Kali ini sebagai pembaca aku dapat rasanya bagaimana kah perasaan Emelda apa bila dia memberitahu yang dirinya tidak berharga dan dia juga tidak mahu berkhawin kerana dia malu dengan diri sendiri , Datok Salam banyak memberi motivasi dan menaikkan kenyakinan diri supaya Emelda berkhawin dan membina keluarga sendiri , Hati Emelda tetap dengan pendirian nya tidak mahu berkhawin .Datok Salam hanya diamkan diri dan sabar dengan kerenah Emelda .

Pada suatu petang sewaktu Nia dan Atie bermain dipadang , Dr.Aril patah telah datang menghampiri Emelda yang sedang leka menemani anak naknya bermain , Dr Aril lalu ke Emelda yang sedang leka melihat anak anaknya berlari keriangan . Sewakti mereka duduk berdua sepupu Dr Aril iaitu wawa datang menghampiri anak nya yang bermain bersama NIa dan Atie lalu memarahi anaknya kerana bermain dengan Nia dan Atie , lalu Dr.Aril yang agak pelik dengan perangai wawa lalu bertanya kepada wawa kenapa yg dia tak benarkan anak anak tersebut bermain bersama , tanpa disangka sangka wawa telah memperkatakan 

                           " Mereka nie anak luar nikah . Tak ada Ayah sebab itu wawa tak suka mereka bermain bersama " Kesian Emelda wajahnya pucat dan tidak sanggup berada disitu .Adik yang selama ini mengutuk dan memandang hina pada Emelda tak disangka sangka menjadi penyelamat kerana memarahi wawa yang bersuara tanpa memikirkan perasaan orang .

Dalam masa yang sama Aril Fatah terpikir kejadian 8 tahun yang lalu ,dan mula merasa bersalah dan yakin Emeldalah wanita yang ditudurinya dahulu . Bnayk perkara yang Aril Fatah fikirkan dan membuat jiwanya tidak tenteram .



Kasih Antara Kita ( Bab 1-7 )

Pada 6 Mei 2012 , aku telah ke kedai buku POPULAR SEREMBAN 2 , aku telah membeli 5 buah buku untuk aku membaca , entahlah berapa kurun lamanya boleh habis semuanya , plot cerita semuanya tentang pencintaan , kasih sayang . Aku pencinta ker ... bercinta .... ohh mungkin ya dan mungkin tidak .

Bercinta , berkasih sayang semuanya perlu untuk terapi kehidupan tanpa kasih sayang dan perasaan bercinta kita tidak akan merasa MUDA ...ohh tidak ...tua ker aku .... Hari ini 8 Mei 2012 , sekali lagi aku membuat sejarah ku sendiri , bila aku agak berjaya mempertahankan rakan sekerja dari dibuang kerja , tiada apa yang ku kejarkan hanya mempertahankan KEBENARAN .  Insyaalah sekali lagi aku berjaya memboloskan diri aku dari bersikap seperti lalang ...Alhamdulillah .

Salah tetap salah dan yang benar tetap benar , tak kalah atau tidak hina jika kita mengaku melakukan kesilapan . kesilapan mengajar kita erti kematangan , sekali membuat silap insyaallah kita akan ingat selamanya .

Jom kita kongsi apa yang telah dibaca pada hari ini .
BAB 1 hingga BAB 7 


Elmelda  mempunyai dua orang anak kembar tanpa nikah bersama pasangan yang dirahsiakan olehnya .Kedua anak anak Emel adalah perempuan yang bernama Dania dan Atiea .

Emelda dari sebuah keluarga yang mempuanyai Ayah yang bernama Datok Salam   dan  ibunya bernama Datin Sutinah , manakala adik beradik nya pula ada  4 orang dalam episode setakat ini iaitu Amira kakak Emelda , Enieza adik perempuan Emelda dan Emeriz adik lelaki Emelda .

Diantara episode ini , jalan ceritanya hanya tertumpu kepada keluarga Emelda dimana Enieza tidak dapat menerima akaknya melahirkan anak tanpa nikah , Enieza pantang bertemu dengan Emelda akan mengeluarkan kata kata yang menyakitkan hati Emelda , ada sahaja tohmahan yang dilemparkan kepada Emelda , tetapi Emelda hanya mendiamkan diri tanpa menghiraukan cacian dah tohmahan tersebut , tetapi hati dan perasaan Emelda sentiasa berendam dengan air mata .

Didalam episode kali ini , terdapat satu babak flash back  dimana watak Amira diceritakan , tentang Amira ditinggalkan kekasihnya lalu bersosial dikelab malam , dan berkenal dengan Aril Fatah  , kerana mabuk mereka hanyut pada malam tersebut
--- end 8/05/2012 ---




Monday, 7 May 2012

Novel Kedua - TANGISAN BULAN MADU 2





NOVEL ke 2
 Aku terus mencari kesinambungan dari novel pertama iaitu TANGISAN BULAN MADU , aku membeli dalam tahun yang sama iaitu pada tahun 2001 dengan harga RM12.90 di SBC BOOK STORE di Seremban .

Didalam novel kedua , secara pribadi pendapat aku ,tidak begitu menarik , cerita ringkas tidak seperti yang pertama jujurnya aku mengalirkan air mata takkala membaca novel tersebut , tetapi kali ini hanya baca untuk mengetahui kesinambungan dari novel pertama .

Jom aku nyatakan secara ringkas , supaya otak yang tak mampu untuk mengingati banyak perkara lagi akan lupa cerita yang telah dibaca .

Amira , telah berhijrah ke Sabah negeri dibawah bayu dengan membawa hati yang remuk setelah kehilangan insan yang tersayang , pemergian ke Sabah mendapat tentangan dari ayah dan bonda Amira , tetapi akhirnya akur dengan permintaan puteri kesangan mereka .

Amira berhijrah ke Sabah dengan menjadi guru , Setelah 4 tahun diSabah Amira telah pulang ke Semenanjung dan telah mengajar di Pahang . 
Didalam novel kali ini , banyak kata kata antara Amira dan Bogatte diimbas kembali , permindahan ke Pahang membawa Amira berkenal dengan adik tiri Bagatte iaitu Razman ,tanpa disangka Amira sepanjang 4 tahun berada di Sabah banyak mengabiskan masa dengan aktif menulis puisi dan sajak dimana hasil karya Amira kerap mendapat tempat disurat khabar . 

Nama pena Amira didalam bidang penulisan adalah DELIMA . 
Tiada sapa yang mengenali Delima adalah Amira dan juga sebaliknya , Rahsia terbongkar pabila Amira ke bandar Pahang untuk melihat lihat kawasan yang pernah disusuri oleh Amira dan Bogatte . Didalam pasaraya terpandang oleh Amira sekumpulan anak muda mendidikasikan sajah dan puisi , mata Amira tertarik lalu terus terpandang muka yang paling dirindui iaitu arwah Bogatte .... tetapi tidak mungkin " abang telah pergi meninggalkan aku 4 tahun yang lalu " kata Amira .

Memang benar , siapa yang Amira lihat adalah RAZMAN setelah di selidik didapati RAZMAN adalah adik tiri Arwah Bogatte . Penceritaan bagi novel ini mencapai kemuncaknya apabila Amira jatuh hati dengan Razman tetapi demi SUMPAHNYA dihadapan Bogatte , Amira memendam perasaan tersebut manakala Razman pula terus menerus mendekati hati Amira namun tidak berjaya , Amira terus dengan egonya tidak mahu menerima Razman .


Setelah perassan cinta terhadap Amira ditolak , Razman telah menikahi perempuan pilihan keluarga dan meninggalkan kota Pahang . Seminggu setelah majlis penikahan nya Amira telah meluahkan perasaannya terhadap sahabat baiknya tentang perasaannya terhadap Razman tetapi semua nya telah terlambat dan nasik telah menjadi bubur , perasaan Amira sekali lagi dirundung kesedihan yang amat sangat , suatu hari Amira dapat sepucuk surat dari Razman dalam warkahnya kepada Amira , Razman ingin meminta maaf kerana tidak dapat memenuhi hasrat abang tirinya supaya memperisterikan Amira . Didalam surat itu juga terbongkarlah satu rahsia dimana Razman sememangnya tahu tentang penyakit yang dialami oleh Bogatte . Arwah abangnya telah meminta supaya Razman memperisterikan Amira dan menjaga Amira sebaik yang mungkin .Sekali lagi perasaan Amira dirobek , perasaan yang bersalah kerana terlalu mengikut perasaan dan sumpah yang tidak pernah arwah Bogette terima .


Kekesalan tidak berguna lagi , tetapi Amira masih terus ingin bersama Razman , adakah cinta lagi dihati Razman terhadap Amira , dan sanggup kah Amira mengganggu rumah tangga Razman bersama isterinya .Kita nantikan sambungan cerita ini di novel yang ke 3 


--------------------------------------------- TAMMAT ----------------------------------------




Sunday, 6 May 2012

Novel Pertama - 2001 TANGISAN BULAN MADU


Aku malas membaca , betul ker aku malas membaca , tapi bila aku fikirkan aku rasa aku bukan seorang yang diketogarikan sebagai seorang yang pemalas membaca tapi aku just kemas kembali buku buku lama dimana aku dapatlah koleksi buku buku ku yang lama , antara buku yang aku nak syer kali nie adalah TANGISAN BULAN MADU  karya SAMSIAH MOHD NOR .

Cetekan yang aku beli adalah pada cetakan yang kesepuluh iaitu pada tahun 2001 .Harga untuk koleksi buku ini adalah RM11.90 tak ingat pula adakah harga ini tinggi atau tidak ketika itu , kerana masa tu aku masih lagi pelajar di kolej .Sebenarnya koleksi buku ini terdapat dalam 4 koleksi novel , untuk ketika ini aku hanya ada 3 episode novel yang berkaitan antara satu sama lain .Aku akan dapatkan kan novel yang ke 4 dalam masa terdekat .

Jom kita bercerita tentang buku novel yang pertama aku punyai ini , jom layan .......

Dalam episode Permulaannya ,
Mempekenalkan watak utama dimana Amira seorang gadis yang cantik , yang berasal dari kampung telah belajar di peringkat Universiti Kebangsaan Malaysia  dan berjaya memperolehi segulung ijazah . Kegembiraan Amira bagi memiliki segulung ijazah hanya sementara dan tidak berpanjangan kerana Amira tidak memperolehi sebarang pekerjaan setelah memerah tenanga dan membuang usia untuk mendapatkan segulung ijazah dari universiti adalah pengalaman yang amat menyakitkan . 

Akhirnya Amira mengambil keputusan untuk bekerja kilang bagi menyelesaikan masaalah kewangan yang ditimpa oleh keluarga mereka , tetapi hati ibu mana yang suka anak yang berpelajaran tinggi hanya bekerja kilang , walaupun leteran demi leteran dari mulut ibunya Amira hanya mendiamkan diri .Demi menjaga hati ibu dan Amira faham dengan permintaan ibunya yang tidak mahu anak yang dianggap menjadi kebanggaan keluarga hanya bekerja kilang , lalu Amira mengambil keputusan bekerja di butik pakaian wanita iaitu Butik Marina .


Butik Marina ..... adalah tempat Amira memulakan langkah kaki untuk mencari rezeki untuk membantu kelurganya , walaupun tidak seberapa tetapi niat dihati untuk meringankan bebanan keluarga . Disinilah bermulanya cerita cinta antara Bogatt dan Amira , seorang lelaki yang amat merendah kan diri , kacak dan baik hati .Tanpa disedari oleh Amira jejaka yang berjaya membuka hatinya adalah anak kepada majikan tempat dia mencari rezeki , ya Bogatt adalah anak Puan Marina ,Disinilah semuanya bermula ... bermula dengan kenalan seorang jejaka mengatur langkah untuk menawan hati Amira , kebahgian Amira memulakan titik titik bahagia melihat bagaimana dirinya disayangi oleh jejaka yang juga menarik perhatian hatinya , Disini juga bermula hati Amira dirobek dan disiat oleh Puan Marina kerana percintaan nya tidak direstui oleh beliau , dugaan demi dugaan ditempoh oleh Amira dan Bogatt TETAPI perumpamaan jika ada jodoh tak kemana akhirnya Amira dan Bogatt mengakhiri kisah cinta mereka di pelaminan yang mereka impikan .

Namun belum sempat mengecapi kebahagiaan suami isteri, Bogatt meninggal dunia kerana penyakit barah otak yang dirahsiakan. Bogatt tidak menyentuh Amira walaupun berkeinginan mengecap kebahagiaan suami isteri yang sah bersama wanita yang amat bermakna dalam hidupnya itu. Bogatt memutuskan mahu meninggalkan Amira dalam keadaan “suci” agar boleh menyambung impian bulan madu dengan lelaki lain.
Amira merayu agar Bogatt meninggalkan “sesuatu” kepadanya. Bogatt tetap dengan pendiriannya. Lalu di depan Bogatt, Amira bersumpah untuk tidak berkahwin sekali lagi buat selamanya.

Didalam novel pertama ini jalan ceritanya berakhir dimana Bagott meninggal tanpa menyentuh Amira dan tiada kenangan yang ditinggalkan oleh Bogatt dalam kenangan BULAN MADU mereka yang ada hanya lah TANGISAN BULAN MADU .

Antara patah patah perkataan yang sangat menyentuh hati dan perasaan ku adalah
"  Kalau abang sudah pergi , Mira jaga diri Mira baik baik , Abang tidak mahu Mira bersedih meratah dan merintih "

" Abang jangan cakap begitu , bang " Amira meletakkan hujung hujung jemarinya kemulut Bagatt " Kita harus mengecap bulan madu kita , kita harus ...."

Bukan bulan madu kita sayang ..... bulan madu kita tidak kesampaian .... abang tidak akan menyentuhi mu . Abang akan meninggalkan Mira dalam kesucian agar Mira boleh mengecap kebahgian nikmat bulan madu bila abang sudah pergi ...."

"Lebih menyiksakan kalau abang tinggalkan Mira kalau abang ......." "Sudahlah abang , walaup apa pun terjadi Mira tidak akan berganjak daripada keputusan yang sudah Mira buat , diri Mira hanya untuk abang ..." berderai - derai air matany Jatuh mengenai muka Bogatt .
" Jangan sisa diri mu sayang "
"Lupakah abang pada abang dulu - dulu ? Kalau kita bahgia disini , kita akan bertemu disana "
"Abang tak pernah lupa , tapi kebahagiaan kita disini terlalu singkat ,Mira ....."
"Walau singkat tapi kita bahagia disini , kita akan bertemu disana "

" Abang tak pernah lupa ,tapi kebahagiaan kita di sini terlalu singkat , Mira ...."
 "Walaupun singkat tapi kita bahagia "
" Mira bahagia ? " Bogatt merenung wajah Amira yang bakal ditinggalkan tidak lama lagi Sayu pilu di hatinya usahlah dikira .
"Teramat bahagia, abang " begitu pengakuan Amira terhadap suami yang disayangi .Bogatt tidak sanggup melihat mata Amira yang nampak nya begitu sedih dan menderita .Diraihnya Amira dalam pelukan dan didakapnya tubuh isteri yang amat disayanginya erat erat seperti mahu dibawa bersama bersemadi di dalam pusara bila tiba 'waktunya ' .

"Mira yang abang sayang , kau bernasib malang kerana menjadi isteri abang kerana kau akan abang tinggalkan " katanya lalu membelai rambut Amira yang hitam pekat .

"Kalau abang sayang Mira , tinggalkan 'SESUATU' untuk Mira ,tolonglah abang " Amira mendongak dan menatap wajah Bogatt dari bawah .
" Tidak sayang .Kerana sayangkan dirimulah , abang akan tinggalkan dirimu dengan kesucian supaya Mira dapat menyambung kembali impian bulan madumu yang tidak kesampaian ."
" Tidak akan abang .Mira bersumpah atas nama abang , Mira tidak akan khawin lagi .Mira bersumpah ...Mira bersumpah ." jeritnya lantang dengan esak sedu yang tidak tertahan tahan .

Pelukan Bogatt makin erat menyelimuti tubuh Amira .Dikucupnya dahi isterinya dengan lembut dan dipujukkan kata kata indah sehingga Amira tertidur .


-------------------------------- TAMMAT ----------------------------------------------