Hari ini dalam perjalanan ke pejabat , aku telah mendengar tajuk khusus hari ini iaitu IBU , aku tertarik untuk menulis mengenai IBU kerana aku amat sayangkan IBU aku , tanpa ibu tiadalah aku , pengorbanan mu sangat ku hargai dan aku pasti aku tidak dapat membalasnya .
Aku bukan lah seorang anak yang baik tetapi aku tahu aku adalah anak yang terbaik bagi ibu aku , walaupun sepanjang 38 tahun ini terdapat juga perbalahan antara aku dengan ibu , tetapi sebagai seorang anak yang terbaik untuk ibu ku , aku mengalah walaupun kekadang ianya amat perit untuk aku ingatkan , sesungguhnya aku kalau boleh tidak mahu peristiwa tersebut bermain dikotak minda ini .
Setitik air mata ibu yang mengalir akan menyusahkan hidupku , itu kepercayaan ku dan kata kata itu juga aku turunkan kepada 3 orang anak anak aku iaitu ANIQ , ADIQ dan GEENA , tetapi kita manusia hanya mampu merancang TUHAN juga yang menentukan , tanggal 15 JANUARI 2012 , adalah liputan sejarah yang memang aku tidak mahu ingati , tetapi demi menjadikan ianya sebahagian sejarah aku coretkan juga disini , supaya aku akan ingat hari ini dimana aku tidak bertegur sapa dengan seorang wanita yang tinggi darjatnya dalam hidup aku , sesungguhnya aku bukan mahu menjadi anak yang menderhaka tetapi keadaan yang memaksa , tahulah olehmu aku amat amat sayang pada diri mu , tiada insan lain yang boleh mengantikan dia dalam hidup aku .

Dalam episode 8-15 , ada tambahan karektor untuk kali ini , mereka adalah
MALIKI - Bekas Kekasih Emelda
ZALIDA - Teman Wanita Aril Fatah
Tan Sri Mustafa - Kawan baik Datok Salam ( Bapa Emelda )
Puan Sri Rubiah - Isteri Tan Sri Mustafa
Fazrul - Anak Lelaki Tan Sri Mustafa
Fadilah - Anak perempuan Tan Sri Mustafa
Kali ini sebagai pembaca aku dapat rasanya bagaimana kah perasaan Emelda apa bila dia memberitahu yang dirinya tidak berharga dan dia juga tidak mahu berkhawin kerana dia malu dengan diri sendiri , Datok Salam banyak memberi motivasi dan menaikkan kenyakinan diri supaya Emelda berkhawin dan membina keluarga sendiri , Hati Emelda tetap dengan pendirian nya tidak mahu berkhawin .Datok Salam hanya diamkan diri dan sabar dengan kerenah Emelda .
Pada suatu petang sewaktu Nia dan Atie bermain dipadang , Dr.Aril patah telah datang menghampiri Emelda yang sedang leka menemani anak naknya bermain , Dr Aril lalu ke Emelda yang sedang leka melihat anak anaknya berlari keriangan . Sewakti mereka duduk berdua sepupu Dr Aril iaitu wawa datang menghampiri anak nya yang bermain bersama NIa dan Atie lalu memarahi anaknya kerana bermain dengan Nia dan Atie , lalu Dr.Aril yang agak pelik dengan perangai wawa lalu bertanya kepada wawa kenapa yg dia tak benarkan anak anak tersebut bermain bersama , tanpa disangka sangka wawa telah memperkatakan
" Mereka nie anak luar nikah . Tak ada Ayah sebab itu wawa tak suka mereka bermain bersama " Kesian Emelda wajahnya pucat dan tidak sanggup berada disitu .Adik yang selama ini mengutuk dan memandang hina pada Emelda tak disangka sangka menjadi penyelamat kerana memarahi wawa yang bersuara tanpa memikirkan perasaan orang .
Dalam masa yang sama Aril Fatah terpikir kejadian 8 tahun yang lalu ,dan mula merasa bersalah dan yakin Emeldalah wanita yang ditudurinya dahulu . Bnayk perkara yang Aril Fatah fikirkan dan membuat jiwanya tidak tenteram .
rasa tersentuh kerana saya juga seorang ibu ...
ReplyDeletekebiasaannya , orang tua akan berkata camna perangai emaknya bapaknya sedikit sebanyak akan mempengaruhi perangai anaknya ,jadi biarlah anak anak kita nanti menjadi anak kebanggaan kita .
Delete